Malaysia Berita

Polis Belgium Tahan Lima Suspek, Libatkan Penipuaan dan Atur Perlawanan

Lima suspek skandal penipuan dan mengatur perlawanan di Belgium melibatkan pasukan divisyen 1 telah diperintahkan supaya ditahan oleh mahkamah di Antwerp pada hari Selasa.

Lebih 20 individu, yang disyaki terlibat dalam organisasi jenayah atau pengubahan wang haram, telah dituduh dalam skandal rasuah yang besar yang pertama kali berlaku pada 10 Oktober.

Mogi Bayat, yang digambarkan dalam media sebagai ejen sukan paling berkuasa di Belgium, rakan-rakannya Dragan Siljanoksi dan Karim Mejjati, pengarah kewangan KV Mechelen, Thierry Steemans dan bekas peguam adalah antara yang ditahan di penjara selepas pendengaran Selasa.

Menurut penyiasat Belgium, operasi mereka ditubuhkan untuk menyembunyikan bayaran komisen dan cukai yang berkaitan dengan pemindahan pemain dari pihak berkuasa.