Jurulatih Skuad B-19 negara berharap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi perhatian yang lebih serius terhadap kecederaan pemain dalam kejohanan AFC Bawah-19 (B-19) yang sedang berlangsung di Indonesia.
Beliau membuat kenyataan tersebut selepas melihat pasukan perubatan yang bertugas untuk kejuaraan itu seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika pemain Tajikistan, Fuzaylov Ziyovuddin mengalami kecederaan yang mengerikan
“Semua orang yang menonton permainan dapat melihat kecederaan yang dialami pemain Tajikistan itu benar-benar buruk. Pada pendapat saya, ia adalah keadaan 50/50 kerana kedua-dua pemain masuk untuk mendapatkan bola
“Kedua-dua pihak terkejut dengan kejadian itu tetapi respon dari pasukan perubatan yang bertugas adalah lambat dan seolah-olah mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Jadi saya sangat berharap AFC akan lebih serius mengenai kecederaan pemain di masa depan. Kita semua dapat melihat bahawa kecederaan Ziyovuddin sangat serius dan memerlukan perhatian perubatan segera, tetapi pasukan perubatan kelihatan tidak mengerti apa yang mereka harus lakukan, “kata Hodak semasa persidangan akhbar pasca perlawanan kepada NST.
Perlawanan antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Patriot Chandrabhaga berlangsung dalam keadaan yang sengit sebelum Fuzaylov mengalami kecederaan yang mengerikan selepas bertembung dengan pertahanan Malaysia, Nabil Hakim Bokhari pada minit ke-83.
Persekutuan Bola Sepak Tajikistan mengesahkan bahawa kecederaan Fuzaylov tidak begitu buruk sebagaimana yang dilihat dan beliau akan berehat sekurang-kurangnya dua setengah bulan.
Sementara itu, FA Malaysia (FAM) telah menghantar kata-kata dorongan dan sokongan kepada Fuzaylov melalui laman web rasmi awal hari ini (Rabu).
“Untuk pemain Tajikistan No 20, Fuzaylov Ziyovuddin, kami di FAM dan Malaysia berdoa dan berharap untuk kesihatan, kesejahteraan dan pemulihan yang cepat kepada anda. “