Luar Negara Berita

Liverpool Belasah Red Star, Salah Jaring Gol Ke 50

Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Red Star Belgrade 4-0 dalam Liga Juara-Juara Kumpulan C di Anfield.

Selepas kekalahan mereka di Napoli dalam perlawanan sebelumnya, Juergen Klopp bangkit dengan membariskan trio penyerangnya apabila Salah mencipta 50 gol untuk kelab itu manakala Roberto Firmino dan Sadio Mane juga mencecah gawang lawan.

“Apabila permainan itu tenang, kami dapat bermain bola sepak dan mencipta peluang – ia adalah permainan yang sangat bagus dan saya sangat menikmatinya,” kata Klopp.

“Ini perlawanan bola sepak yang baik dan kemenangan yang baik.”

Firmino meletakkan Liverpool didepan pada minit ke-20 dengan gol cantik hasil daripada hantaran Andy Robertson dalam ruang dalam kotak penalti

Pemain antarabangsa Switzerland, Xherdan Shaqiri membantu Salah untuk mendapatkan gol kedua perlawanan dengan sepakan paduk dari dalam kotak penalti.

Mane kemudian terlepas penalti setelah tendangannya ditolak keluar oleh penjaga gol Red Star, Milan Borjan, sebelum membuat jaringan pada jarak dekat pada minit ke-80.