Malaysia Berita

Bojan Hodak Optimis, Harap Anak Buah Pamer Aksi Terbaik

Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara tewas dua kali dan seri satu kali pada perlawanan persahabatan menentang Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Bojan Hodak, jurulatih bawah 19 (B-19) tahun negara tetap optimis dengan anak buahnya walaupun keputusan pada perlawan persabahatan kurang memberangsangkan.

Perlawanan persabahatan ini adalah persedian bagi menghadapi kejohanan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Indonesia bermula Sabtu ini.

Hodak yang juga bekas jurulatih JDT berkata, beliau telah mengesan segala kelemahan pada aksi persahabatan kali ini dan akan memperbaiki kelemahan tersebut sebelum aksi AFC B-19 berlangsung

Memetik kata-kata beliau pada Berita Harian, “Berdepan Qatar, saya tidak menurunkan skuad utama untuk tempoh 65 minit pertama. Apapun saya yakin persembahan kami boleh dipertingkatkan,” kata Hodak kepada Sukan NSTP, hari ini.

“Ketika berdepan UAE pula, saya dapat menyenaraikan barisan pemain terbaik dan kami seri 1-1 sebelum tewas pada aksi kedua.

“Sudah pasti saya tidak risau dengan keputusan perlawanan persahabatan itu kerana kami sedang mencuba formasi yang terbaik buat pasukan. Jadi keputusan itu tidak memberi kesan besar buat kami.”

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan kempen AFC B-19 pada 20 Oktober ini apabila melayan kunjungan Arab Saudi sebelum berdepan Tajikistan dan China (23 dan 26 Oktober).

Selain itu, Hodak percaya anak buahnya sudah bersedia dan memperoleh perkara positif pada perlawanan persahabatan yang lepas bagi menghadapi Arab Saudi nanti.

“Apa yang penting pemain sudah mendapat pendedahan awal untuk berdepan Arab Saudi dan saya percaya kami mampu memberi saingan,” katanya pada Berita Harian.