Malaysia Asia

AFC B-16: Lim Teong Kim umum senarai 23 pemain hadapi cabaran Asia

Ketua jurulatih skuad kebangsaaan bawah-16 tahun, Lim Teong Kim telah mengumumkan senarai 23 pemain bagi menghadapi kejohanan AFC B-16 2018 yang akan bermula daripada 20 September hingga 7 Oktober 2018.

Terdahulu, skuad B-16 negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Tajikistan, Thailand dan Jepun. Perlawanan tersebut akan dimainkan pada 20hb, 23hb dan 26hb September bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula pada 4.30 petang.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh LimTeong Kim, beliau menyenaraikan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 6 pemain tengah dan 5 penyerang. Berikut adalah nama yang disenaraikan oleh Lim Teong Kim untuk kejohanan pada kali ini.

BIL NAMA UMUR POSISI
1. SIKH IZHAN NAZREL BIN SIKH AZMAN 16 PENJAGA GOL
2. AZANNIS ADZRI BIN ABDUL HALIM 15 PERTAHANAN
3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLI 16 PERTAHANAN
4. ALI IMRAN BIN SUKARI 16 PERTAHANAN
5. MUHAMMAD HARIZ BIN MANSOR 16 PERTAHANAN
6. MOHAMAD IKHWAN BIN MOHD HAFIZO 16 TENGAH
7. MUHAMMAD NAJMUDIN AKMAL BIN KAMAL AKMAL 15 PENYERANG
8. MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAIRONNISAM 16 TENGAH
9. MUHAMMAD AMIRUL AZZIM BIN MOHD RUZKI 16 PENYERANG
10. LUQMAN HAKIM BIN SHAMSUDIN 16 PENYERANG
11. MUHAMAD ALIF BIN ABDUL MUTALIB 16 PERTAHANAN
12. MUHAMMAD RAIMI BIN SHAMSUL 16 PERTAHANAN
13. HARITH NAEM BIN JAINEH 16 PENYERANG
14. AHMAD ZIKRI BIN MOHD KHALILI 16 PERTAHANAN
15. ALIF DANIEL BIN ABD AZIZ 16 TENGAH
16. MUHAMAD UMAR HAKEEM BIN SUHAR REZWAN 16 TENGAH
17. MOHAMMAD ALIAS BIN ALAN 16 PERTAHANAN
18. MUHAMMAD SYUKUR FARIZ BIN JANURI 15 TENGAH
19. HARITH HAIQAL BIN ADAM AFKAR 16 TENGAH
20. MUHAMMAD DANIAL BIN AMALI 16 PENYERANG
21. ABDUL ALIM AL-AMRI BIN ALI 16 PENJAGA GOL
22. SYAHMI ADIB HAIKAL BIN MOHD SHUKRI 15 PENJAGA GOL
23. MUHAMMAD DANISH BIN ISHAK 16 PERTAHANAN

 

Jika Malaysia menamatkan aksi peringkat Kumpulan A ditangga kedua teratas, skuad negara bakal bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang bakal diisi daripada kalangan DPR Korea, Oman, Yaman ataupun Jordan.

Sekiranya skuad negara mara sehingga ke peringkat separuh akhir, Malaysia akan layak secara automatik untuk ke kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA, yang akan berlangsung di Peru pada tahun hadapan.

Bagi kejohanan bawah umur kali ini, Malaysia yang terpilih sebagai tuan rumah telah menetapkan 3 venue perlawanan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Petaling Jaya dan Arena Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Tiket bagi setiap perlawanan di ketiga-tiga venue berharga RM10 dewasa (tempat duduk terbuka) dan RM5 kanak-kanak. Namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual bagi kategori VIP iaitu RM20 dan grandstand RM15. Tiket akan dijual pada hari perlawanan di kaunter tiket stadium masing-masing.