Kajian & Analisis Malaysia

Tribe Ratings: Rekod cemerlang Malaysia disekat Bahrain

Skuad muda negara tidak berjaya mengekalkan rekod kemenangan di perlawanan terakhir mereka selepas tewas 2-3 kepada Bahrain.

Datuk Ong Kim Swee hanya mengekalkan tiga pemain daripada skuad yang menang ke atas Korea Selatan dengan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin sahaja yang kekal dalam pasukan. Kesilapan mudah banyak dilakukan oleh barisan pertahanan Malaysia dan Bahrain mengambil peluang untuk menjaringkan gol biarpun anak buah Datuk Ong Kim Swee menjaringkan gol pembukaan menerusi Syahmi Safari. Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti di hujung perlawanan tetapi tidak cukup untuk membantu Malaysia bangkit semula.

Ini rating untuk kesemua pemain yang beraksi sebentar tadi.