Malaysia Piala Malaysia

Piala Malaysia 2018: Kesebelasan terbaik untuk Matchday 1

Perlawanan pusingan pertama bagi saingan Piala Malaysia 2018 telah pun selesai. Sebanyak 8 perlawanan telah berlangsung dan pelbagai keputusan telah tercatat.

Dalam aksi Kumpulan A, Terengganu FC berjaya membenam tuan rumah, Kuala Lumpur dengan jaringan 5-1. Kapten mereka, Kipre Tchetche berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut. Manakala perlawanan diantara Perak dan Felcra FC pula berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Kumpulan B pula menemukan pasukan diantara PDRM dan PKNS FC. Skuad kendalian K. Rajagobal berpesta gol di Stadium Hang Jebat dengan menewaskan PDRM 5-2. Manakala di Stadium Tun Abdul Razak, juara Liga Premier 2018, Felda United hanya berjaya mencuri satu mata daripada Melaka United dek kekebalan Khairul Fahmi Che Mat mengawal gawangnya daripada dibolosi.

Juara Liga Super 2018 pula dikejutkan oleh pasukan MIFA dalam aksi Kumpulan C di Stadium Larkin. MIFA berjaya meraih 3 mata setelah berjaya mengalahkan Johor Darul Ta’zim 2-1. Manakala Kedah dan Kelantan pula terikat 0-0 di Stadium Darul Aman.

PKNP FC pula berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor. Hafiz Ramdan membukan tirai jaringan dengan satu gerakan menarik sebelum Fandi Ahmad dan Ritus Krjauklis menjaringkan satu gol untuk menamatkan perlawanan dengan jaringan 3-0. Juara Piala FA 2018, Pahang pula sekadar terikat 1-1 dengan pasukan Sabah di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Berikut adalah kesebelasan utama terbaik bagi saingan PM1 Piala Malaysia 2018: