Luar Negara Berita

Kecewa dengan kekalahan, peminat Indonesia baling kerusi ke tengah padang

Peminat bola sepak Indonesia bertindak menanggalkan kerusi plastik dari tempat asalnya dan melemparkannya ke tengah padang di stadium yang dijadualkan akan digunakan sebagai venue tuan rumah Sukan Asia 2018 bulan depan.

Tindakan peminat tersebut dilakukan ketika perlawanan Liga Indonesia antara Sriwijaya FC dan Arema FC yang berakhir dengan huru-hara pada petang Sabtu apabila para peminat tiba-tiba merebut kerusi dan melemparkannya tengah padang Stadium Gelora Sriwijaya di Palembang.

Gambar menunjukkan kerusi berwarna-warni yang berselerak di atas padang yang bersempadan dengan trek olahraga.

Chairs that were ripped and thrown from the stands by irate spectators are seen on the pitch at the Gelora Sriwijaya Stadium, also known as Jakabaring Stadium. (Photo: AFP / ABDUL QODIR)

Penyelia keselamatan stadium, Rusli Nawi juga terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Indonesia.

Katanya, sebanyak 335 kerusi yang mengalami kerosakan dengan 211 kerusi dilemparkan hingga ke tengah padang.

Polis telah menahan empat orang yang mengamuk, yang dimulakan oleh penyokong Sriwijaya yang kecewa dengan kekalahan pasukan mereka 3-0 kepada Arema.

“Kami sangat kecewa dengan penyokong yang merosakkan kerusi di Gelora Sriwijaya semasa perlawanan berlangsung.

“Saya telah berada di sini selama hampir 10 tahun … tidak pernah ada kerosakan pada kerusi seperti ini,” katanya.

A worker clears chairs from the pitch that were ripped and thrown from the stands by irate spectators. (Photo: AFP / ABDUL QOADIR)

Stadium ini telah diubahsuai untuk Sukan Asia yang akan diadakan di Palembang dan Jakarta bermula dari 18 Ogos hingga 2 September.

Penganjuran Sukan Asia menggesa kerajaan Indonesia menyediakan venue-venue pertandingan, menyelesaikan kerja-kerja bangunan, memperluas jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kira-kira 11,000 atlet dan 5,000 pegawai dari 45 negara Asia akan bersaing dalam Sukan Asia, temasya sukan terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.-AFP