Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Koleksi statistik menarik pertembungan antara Uruguay dan Perancis

Saingan suku akhir di antara Uruguay dan Perancis berkesudahan dengan jaringan 2-0 hasil jaringan gol Varane dan Griezmann. Uruguay tanpa kelibat Edinson Cavani sedikit berlainan gaya permainannya.

Namun dari segi angka dan statistik, kedua-dua pasukan tampak seimbang dalam beberapa aspek. Antara aspek yang setanding adalah percubaan yang dilakukan, jumlah ‘set piece’ yang diberikan oleh pengadil dan disiplin di atas padang.

Apa yang membezakan kedua-dua pasukan ini, dari segi statistik adalah peratusan hantaran tepat yang berjaya dilakukan. Terdapat satu lompong besar yang memisahkan kedua-dua pasukan ini.

Daripada angka-angka ini, tidak hairanlah mengapa Perancis berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Uruguay seterusnya layak ke saingan separuh akhir.

Berikut adalah himpunan statistik untuk kedua-dua pasukan:

Perancis menguasai bola

Penguasaan bola memihak kepada Perancis dengan 58% dan Uruguay hanya menguasai sekitar 48% sahaja.

Uruguay tumpul tanpa Edinson Cavani?

Berdasarkan statistik perlawanan, Uruguay Perancis masing-masing melakukan 11 percubaan. Walaubagaimanapun, Uruguay berjaya memiliki 4 percubaan tepat ke sasaran, 6 percubaan tersasar. Peranics hanya berjaya melakukan 2 percubaan tepat ke arah gol dan 7 percubaan tersasar.

Sepakan sudut dan sepakan percuma

Bagi sepakan sudut, Uruguay memiliki 4 sepakan dan Perancis memiliki 3 sepakan. Manakala untuk sepakan percuma, Perancis menadapat 17 sepakan percuma berbanding Uruguay hanya 15.

Ketepatan hantaran yang dilakukan

Jumlah hantaran yang dibuat oleh kedua-dua pasukan menunjukkan satu jurang yang besar. Perancis merekodkan 524 hantaran berbanding Uruguay sekadar merekodkan 322 hantaran. Walapun hantaran yang dilakukan Perancis tinggi, mereka berjaya mencatatkan 82% hantaran tepat. Uruguay jelas mempunyai kepincangan apabila  sekadar mencatatkan 67% hantaran tepat walaupun hantaran yang dilakukan mereka jauh lebih rendah berbanding Perancis.

Disiplin

Dengan kedua-dua pasukan berkongsi 2 layangan kad kuning terhadap pemain masing-masing, Uruguay mencatatkan 17 kekasaran dan Perancis pula melakukan 15 kekasaran.

Antoine Griezmann pemain terbaik?

Selain daripada menjaringkan 1 gol dan melakukan 1 ‘assist’, Griezmann mencatatkan angka berikut. 45 hantaran berjaya dilakukan, memenangi 5 bentesan, mencipta 3 peluang dan melakukan 2 percubaan.