Perlawanan 16 terakhir antara Croatia dan Denmark di Nizhny Novgorod malam tadi turut disudahkan dengan penentuan sepakan penalti dengan Croatia menewaskan Denmark 3-2 setelah terikat 1-1 dalam aksi 120 minit permainan yang sebenar.
Denmark membuka tirai jaringan seawal 58 saat apabila Matias Zanka Jorgensen menolak bola masuk ke gawang Croatia sambil bola tersebut terbias kaki Danijel Subasic sebelum Mario Mandzukic merembat masuk daripada jarak dekat menewaskan Kasper Schmeichel kurang 2 minit kemudian.
Danijel Subasic kemudiannya cemerlang menafikan sepakan penalti daripada Christian Eriksen, Lasse Schone dan Nicolai Jorgensen sambil Kasper Schmeichel pula menyelamatkan sepakan penalti daripada Milan Badelj dan Josip Pivaric dalam penentuan sepakan penalti.
Berikut merupakan hasil pemerhatian kami sepanjang perlawanan tadi berlangsung: