Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Akinfeev hantar Sepanyol pulang “For Mother Russia!”

Mimpi ngeri 2002 muncul kembali buat Sepanyol. Pada tahun itu, mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada tuan rumah Korea Selatan, dan tahun ini ia berulang lagi. Sepanyol masih gagal menewaskan pasukan tuan rumah dalam Piala Dunia. Sepanyol seperti diduga menguasai bola dan berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi gol sendiri Sergei Ignashevich.

Tetapi satu detik kebodohan daripada Gerard Pique menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Artem Dzyuba. Selepas mengharungi perlawanan sehingga ke masa tambahan tanpa tambahan gol, perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Koke dan Iago Aspas menjadi punca kekalahan Sepanyol apabila sepakan penalti mereka diselamatkan oleh Igor Akinfeev. Sepanyol mengikut jejak langkah Messi dan Ronaldo pulang sementara tuan rumah meneruskan perjalanan mereka. Ini analisis perlawanan tadi.