Kajian & Analisis Berita

Senarai negara yang berpeluang cerah untuk tampil buat pertama kali di Piala Dunia

Panama dan Iceland telah mengharungi debut mereka di Piala Dunia 2018. Berbekalkan jumlah pasukan yang akan ditambah sehingga menjadi 48 skuad dalam saingan empat tahun lagi, banyak negara yang berpeluang untuk beraksi di pentas terbesar dunia itu.

Sambil Qatar yang telah disahkan selaku negara tuan rumah, berikut adalah beberapa negara yang kami rasakan berkemampuan untuk tampil di Piala Dunia berdasarkan prestasi konsisten mereka.

Uzbekistan

Sejak menyertai AFC dan FIFA pada 1994, Uzbekistan terus berkembang dengan memenangi pingat emas SUkan Asia 1994. Selama dua dekad, mereka sukar mengekalkan prestasi di Asia, namun sejak muncul selaku semifinalis Piala Asia pada 2011, mereka dilihat semakin hampir ke Piala Dunia, lebih-lebih lagi setelah pasukan B-23 mereka memenangi saingan Piala Asia 2018.

Bahrain

Boleh disifatkan sebagai pasukan paling malang di Asia kerana gagal ke Piala Dunia pada saat akhir sebanyak dua kali berturut-turut. Pertama, pada 2006 dimana mereka tewas di tangan Trinidad & Tobago ketika play-off. Empat tahun kemudian, peluang mereka dinafikan New Zealand di peringkat sama. Walaupun gagal ketika pusingan kedua ketika kelayakan 2018, Bahrai muncul calon utama untuk melakukan debut dari Asia.

Venezuela

Semua pasukan dari zon CONMEBOL pernah menikmati saingan Piala  Dunia kecuali Venezuela. Bagaimanapun, itu tidak bererti mereka tidak melalui proses perkembangan yang baik. Venezuela meraih prestasi terbaik dalam sejarah apabila melangkah ke separuh akhir Copa America 2011 dan kini ramai pemain mereka beraksi di Eropah.

Zambia

Zambia tampil mengejutkan apabila menjuarai Piala Afrika 2012 di bawah bimbingan pengendali yang membawa cabaran Maghribi di Piala Dunia 2018, Herve Renard. Negara yang tidak dibarisi oleh pemain terkenal ini sememangnya menamatkan saingan kelayakan di bawah Nigeria tetapi mereka meletakkan kedudukan yang baik di atas Cameroon.

Mali

Mereka telah melahirkan pemain-pemain yang berkelas dunia seperti Seydou Keita dan Frederic Kanoute tetapi ia tidak menjamin kejayaan di peringkat antarabangsa. Mali belum pernah beraksi di Piala Dunia tetapi telah menjuarai Piala Afrika. Mereka juga tidak mengenal erti putus asa dalam mendominasi saingan di Afrika apabila melayakkan diri ke empat separuh akhir dalam sembilan edisi terakhir Piala Afrika.

Albania

Hari-hari yang menyaksikan Albania pasukan belasahan telah berlalu. Mereka mencipta sejarah apabila beraksi buat kali pertama di EURO 2016. Selepas itu, mereka menduduki tangga ketiga dalam aksi kelayakan dibelakang Sepanyol dan Itali.

Montenegro

Negara pecahan Yugoslavia ini juga dilihat semakin hampir dengan kejohanan peringkat antarabangsa yang pertama sejak menyertai FIFA pada 2010. Montenegro juga sering melahirkan pemain yang hebat seperti Mirko Vucinic, Stevan Joventic dan Stefan Savic.

Kepulauan Solomon, Tahiti, dan Papua Nugini

Zon Oceania atau OFC sering dilupakan peminat di dunia. Sebenarnya, zon ini berpeluang cerah untuk menyaksikan pasukan tampil buat pertama kali sejak Australia berhijrah ke Asia. Biarpun memiliki New Zealand yang mendominasi saingan, Kepulauan Solomon dan Papu New Guinea telah melayakkan diri ke peringkat akhir kelayakan dalam beberapa edisi terakhir, begitu juga dengan Tahiti yang mencipta kejutan apabila memenangi Piala OFC pada 2012.