Lebih kurang sejam yang lalu, Shahrel Fikri dikatakan telah menerima tawaran daripada Nakhon Ratchasima FC yang bermain dalam Liga Thai 1. Perkara tersebut diberitahu oleh Hanizam Uzir melalui akaun twitternya lebih kurang pukul 6 petang tadi.
Shahril Fikri (23) menerima tawaran daripada Nakhon Ratchasima FC dari Liga 1 Thailand.Terima kasih kepada PKNP yang rela meminjamkan Shahril demi masa depan beliau dan bola sepak negara serta ia akan menjadi inpirasi kepada pemain muda lain.Ini semua dari usaha pencari bakat
— Hasnizam Uzir 哈士尼占穆 (@hasnizamuzir) June 24, 2018
Berdasarkan tweet tersebut, dikatakan tawaran tersebut berbentuk pinjaman. Tiada sebarang maklumat tambahan yang dinyatakan. Sehubungan itu, Shahrel dikatakan akan berlepas ke Thailand esok malam jika PKNP FC mengeluarkan surat pelepasan esok pagi.
Hasnizam Uzir dan Abdul Halim (Offside Sport Asean) yang bekerjasama membawa Shahril ke Thailand terima kasih juga kepada Coach Abu Bakar Fadzim (Burn).Semoga Shahril selamat berangkat ke Thailand esok malam sekiranya surat pelepasan daripada PKNP dikeluarkan esok pagi. pic.twitter.com/NhEuXaCOFe
— Hasnizam Uzir 哈士尼占穆 (@hasnizamuzir) June 24, 2018
Musim 2017 menyaksikan penyerang muda tersebut telah menjaringkan 20 gol bersama PKNP FC di dalam semua pertandingan. Beliau juga pernah memenangi anugerah pemain terbaik bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Premier sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Februari 2017 dan April 2017.
Penyerang ini juga merupakan pemenang anugerah Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK 2017).