Kajian & Analisis Berita

Apakah nasib tuan rumah 10 Piala Dunia terakhir?

Menjadi tuan rumah Piala Dunia adalah sesuatu yang membanggakan kerana mereka harus memenuhi permintaan dan harapan yang ada, termasuk soal kualiti penganjuran atau prestasi mereka sendiri. Bercakap mengenai prestasi, Russia selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 telah mempamerkan taring apabila melayakkan diri ke pusingan kedua.

Jadi, bagaimana nasib negara-negara yang menjadi tuan rumah sebelum ini?

Sepanyol – Piala Dunia 1982

Masih menggunakan sistem Piala Dunia yang lama, Sepanyol tidak bernasib baik pada waktu itu. Mereka hanya layak  sehingga ke perlawanan kedua ketika peringkat kumpulan yang pertama, dibezakan satu mata dengan Ireland Utara, lalu hanya dapat mengutip satu mata dalam pusingan kedua.

Mexico - Piala Dunia 1986

Mexico muncul juara kumpulan dan bertemu Bulgaria di pusingan kedua, dimana mereka menang 2-0. Ketika suku akhir, El Tri menentang Jerman Barat dan mengheret mereka sehingga ke penentuan sepakan penalti. Malangnya, mereka tewas 4-1.

Itali - Piala Dunia 1990

Menjadi tuan rumah buat kali kedua, Itali layak sehingga ke separuh akhir selepas mengatasi halangan Uruguay dan Ireland sebelum itu. Mereka menentang juara bertahan, Argentina, dan sempat mendahului sebelum La Albiceleste membawa mereka sehingga ke penentuan sepakan penalti. Argentina memenangi pertembungan itu dan mara sehingga bergelar juara.

Amerika Syarikat - Piala Dunia 1994

Amerika Syarikat tidak mampu tampil hebat ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia 1994. Mereka bernasib baik mara ke pusingan kedua hasil daripada kedudukan ketiga terbaik. Namun, mereka bertemu Brazil dan tewas, membolehkan Brazil mara dan mengesahkan kejuaraan Piala Dunia keempat.

Perancis – Piala Dunia 1998

Perancis menjadi tuan rumah paling berjaya dalam 10 Piala Dunia terakhir. Bergelar tuan rumah buat kali kedua, pasukan Les Bleus menjadi juara dunia buat pertama kali selepas menewaskan juara bertahan, Brazil, dan Zinedine Zidane menjadi watak utama disebalik kejayaan itu.

Jepun dan Korea Selatan - Piala Dunia 2002

Untuk pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia diadakan di Asia. Jepun dan korea Selatan terpilih me jadi tuan rumah dan mereka tidak mengecewakan. Jepun melangkah sehingga kelompok 16 terakhir, sementara The Taegeuk Warriors menduduki tempat keempat walaupun diulit beberapa kontroversi dalam laluan mereka.

Jerman - Piala Dunia 2006

Selepas gagal di final dalam edisi sebelumnya, Jerman menjadi tuan rumah pada 2006. Skuad Der Panzer berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir. Menentang Itali, mereka terikat tanpa jaringan dalam waktu sebenar sehingga terpaksa beraksi dalam masa tambahan. Fabio Grosso dan Alessandro Del Piero menjadi pemisah buat mereka.

Afrika Selatan – Piala Dunia 2010

Afrika Selatan menjadi wakil pertama yang menganjurkan Piala Dunia di benua itu, namun malangnya mereka gagal melepasi peringkat kumpulan. Apa yang membanggakan, mereka menewaskan Perancis dan menamatkan saingan di atas mereka.

Brazil - Piala Dunia 2014

Banyak pihak menganggap Brazil mampu meraih kejuaraan keenam di depan penyokong sendiri. Malangnya, kempen mereka diakhiri dengan tragedi. Ketika separuh akhir, mereka dimalukan oleh Jerman dengan keputusan 7-1.

Rusia – Piala Dunia 2018

Russia berada dalam prestasi terbaik di peringkat kumpulan selepas membelasah Arab Saudi 5-0 dan menghantar pasukan Mohamed Salah, Mesir, pulang lebih awal. Jika mereka mengekalkan persembahan itu, tidak mustahil Russia mampu mengulangi kejayaan ketika EURO 2008, dimana mereka melangkah ke separuh akhir.