Luar Negara Eropah

Koleksi transfer rumours terhangat di Eropah: 22 Jun 2018

Beberapa pasukan di Eropah tampak sudah mula mengorak langkah untuk memperkasakan skuad masing-masing bagi menghadapi saingan musim 2018/19. Selain mengejar khidmat bintang muda yang semakin menyinar, barisan skuad gergasi Eropah sudah pasti mengintai segelintir pemain elit yang dirasakan mampu untuk dibawa menyertai kem masing-masing.

Berikut adalah senarai pilihan untuk transfer rumours pada kali ini.

Tanguy Ndombele

Selepas mengesahkan pembelian Fred, dikaitkan dengan usaha membawa masuk Marco Verratti dan Sergej Milinkovic-Savic serta wujud khabar angina Ander Herrrera semakin hampir untuk kembali ke Athletic Bilbao, Manchester United dikatakan menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lyon dan skuad B-21 Perancis ini. Lyon dilihat bersedia untuk melepaskan Ndembele selepas mereka kini dalam proses mendapatkan pemain Strasbourg, Jean-Eudes Aholou.

Jordi Alba

Tottenham Hotspur dilaporkan telah menyediakan dana sebanyak EUR60 juta untuk membawa pemain bek kiri ini ke England. Minat yang ditunjukkan Manchester United terhadap Danny Rose membuatkan Spurs perlu mula memikirkan pengganti yang sesuai dan pemain Barcelona ini jelas satu pilihan yang ideal buat pasukan bimbingan Mauricio Pochettino.

Lorenzo Insigne

Pemain sayap Napoli ini menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Serie A sehingga membolehkannya membantu pasukan menduduki tangga kedua liga pada musim 2017/18. Kini, Jurgen Klopp dikatakan berminat untuk membawanya ke Anfield selepas gagal menyelesaikan perpindahan Nabil Fekir.

Felipe Anderson

Satu lagi transfer rumour melibatkan pemain sayap. Felipe Anderson dikatakan semakin hampir untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim depan selepas West Ham United dilaporkan sedang berusaha keras untuk mencapai persetujuan yuran perpindahan dengan pihak Lazio. Menurut Corriere dello Sport, West Ham menyediakan dana sebanyak GBP35 juta untuk pemain berusia 25 tahun ini.

Joao Cancelo

Pertahanan Valencia dari Portugal ini dikatakan menjadi nama terbaru yang akan hadir ke Itali untuk menyertai Juventus. Selepas mengesahkan pembelian Emre Can dari Liverpool secara percuma, skuad Bianconeri menyasarkan Cancelo sebagai pengganti buat Stephan Lichtsteiner yang berhijrah ke Arsenal. Kemampuannya bertahan dengan baik dan membantu barisan serangan daripada bahagian tepi menjadi faktor utama Juve mahu mendapatkan khidmatnya