Malaysia Liga Super Malaysia

VIDEO: Jaringan berkelas dunia Andik Vermansyah bantu Kedah tewaskan KL

Kedah berjaya meraih tiga mata penting di Stadium Darul Aman malam tadi selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 dalam aksi unifi Liga Super Malaysia.

Jaringan daripada Andik Vermansyah, Akhyar Rashid dan Paulo Rangel memberi Kedah kelebihan 3-0 selepas 32 minit, namun Guilherme de Paulo sempat mengurangkan defisit sebelum tamat babak pertama, sebelum Syafwan Syahlan mendapatkan satu lagi gol buat Kuala Lumpur pada penghujung perlawanan tersebut.

Bintang Indonesia yang menyarung jersi Kedah, Andik Vermansyah muncul pemain terbaik di atas padang malam ini, dengan larian-larian yang menarik, selain turut menunjukkan kesefahaman yang positif bersama pemain-pemain seperti Liridon Krasniqi, Sandro da Silva dan juga Paulo Rangel.

Tetapi perkara yang paling mencuri tumpuan adalah jaringan gol yang dilakukan oleh Andik pada awal babak pertama. Beliau menerima bola di luar kotak penalti sebelum melepaskan percubaan padu yang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur dengan cukup mudah.

Lihat video jaringan beliau di bawah: