Liga Super Malaysia

Abdulrahman Al Jassim, wakil Asia yang akan mengendalikan sistem VAR di Piala Dunia 2018

Pengadil dari Qatar, Abdulrahman Al Jassim, akan mencatat satu sejarah di Piala Dunia 2018 nanti. Daripada 13 orang pengadil yang terpilih untuk mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR), dia muncul selaku satu-satunya wakil dari Asia. Dia juga akan menikmati penggunaan pertama VAR dalam sejarah Piala Dunia.

FIFA juga mempunyai alasan mengapa mereka memilih Al Jassim sebagai salah seorang pengadil yang akan mengendalikan VAR. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA, mereka memilih pengadil itu kerana pengalaman yang dimiliki ketika menggunakan teknologi VAR. Pengadil dari Qatar itu sudah terdedah dengan teknologi video ketika di saingan domestik dan persatuan, dimana dirinya bergabung serta mengikuti pelbagai seminar dan kejohanan yang dianjurkan FIFA.

Daripada situ, FIFA telah memilih 13 calon pengadil VAR, termasuk Al Jassim. Mereka menganggap kesemua 13 pengadil itu telah menambahkan pengetahuan dan kemampuan mereka mengendalikan VAR melalui sistem yang tersedia.

Dia pun memberikan pendapat mengenai pelantikannya sebagai salah seorang pengadil rasmi VAR kepada the-AFC.com.

“Tidak ada yang sukar dalam kehidupan. Anda harus terus bekerja keras untuk mencapai cita-cita dan sasaran baru. Ia boleh menentukan laluan yang harus dilalui di awal perjuanganmu. Jika anda bekerja keras, tiada yang mustahil.”

Pengalaman Al Jassim sebagai pengadil sudah diakui di seluruh dunia. Karier mula meningkat sejak dua tahun kebelakangan ini. Dia pernah dilantik sebagai pengadil untuk memimpin aksi final Piala Asia B-23 pada 2016 di negaranya. Al Jassim juga menyertai senarai pengadil yang mengendalikan Piala Dunia B-20 2017 di Korea Selatan.

Ini bukan kali pertama dia menduduki posisi sebagai pengadil VAR. dia mempunyai pengalaman ketika memegang jawatan sama sewaktu saingan Piala Dunia Antara Kelab 2017. Walaupun memiliki pengalaman sebagai pengadil VAR, Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Russia merupakan Piala Dunia pertama yang akan dilalui oleh pengadil berusia 31 tahun itu.