Berita

VIDEO: Tiga peminat bolasepak Malaysia diberi kejutan ekslusif oleh Ronaldinho!

Sudah tentu tiada perkataan atau perumpamaan mampu menggambarkan perasaan anda jika diberi peluang berjumpa dengan lagenda bolasepak Brazil dan juga bekas bintang kelab-kelab seperti Barcelona, AC Milan dan PSG – Ronaldinho.

Baru-baru ini, tiga peminat bolasepak Malaysia diberi peluang untuk berjumpa dengan ikon bolasepak Seleccao itu sendiri di studio Astro SuperSports, Bukit Jalil. Yang lebih menarik adalah, ketiga-tiga individu ini diberitahu bahawa mereka akan berjumpa dengan Ronaldo pada petang hari tersebut, walaupun Ronaldinho sebenarnya sudah berada di studio Astro dan sedang menyorok di sebalik sebuah poster gergasi.

Saksikan reaksi mereka apabila Ronaldo menampilkan diri secara tiba-tiba untuk memberi kejutan kepada ketiga-tiga individu tersebut!