Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Previu Nigeria di Piala Dunia 2018: Generasi emas Super Eagles yang bakal menggegarkan Rusia

Nigeria menjadi salah satu wakil Afrika yang ditunggu penampilannya di Piala Dunia 2018 nanti. Permainan menyerang yang meyakin dan mengasyikkan menjadi sebab mengapa anda harus menyaksikan mereka.

Setakat ini, pasukan dengan gelaran Super Eagles ini masih belum meraih pencapaian yang cemerlang di Piala Dunia. Saingan pusingan kedua menjadi langkah paling jauh yang pernah diraih dan ia termasuk Piala Dunia 2014 apabila mereka ditewaskan oleh Perancis.

Kembali diundi bersam Argentina dalam Kumpulan D, penyokong mereka pastinya meletakkan harapan lebih besar selepas Nigeria menundukkan Al Albiceleste 4-2 dalam satu aksi persahabatan. Berbekalkan generasi emas ketiga, tentunya Nigeria diharapkan mampu melakar kejutan di Russia nanti.

Barisan pemain

Nama-nama besar seperti John Obi Mikel, Wilfred Ndidi, Odion Ighalo, Ahmed Musa, Victor Moses, Kelechi Iheanacho, dan Alex Iwobi berada dalam senarai untuk dibawa ke Russia. Rohr juga tidak terlepas pandang dalam menyenaraikan pemain muda berbakat dalam pasukannya.

Kekuatan

Kebolehan jentera serangan Nigeria mampu menjadi senjata utama mereka di Piala Dunia kali ini. Mereka memiliki barisan penyerang yang memiliki kepantasan tinggi seperti Iwobi, Iheanacho dan Musa. Mereka juga memiliki khidmat Ighalo, pemain yang pernah menjadi mesin gol digeruni di Liga Perdana Inggeris walaupun kini beraksi di Liga Super China. Meskipun sudah berusia 31 tahun, Obi Mikel masih merencanakan serangan buat Super Eagles.

Kelemahan

Barisan pertahanan menjadi bahagian yang merisaukan buat Nigeria. Boleh dikatakan bahawa mereka tidak memiliki pemain ternama di posisi bek dan penjaga gol. Salah seorang pemain yang mampu diharapkan adalah pemain Leicester City, Wilfred Ndidi. Malangnya, dia mungkin tidak ke Russia akibat kecederaan.

Pemain utama: Alex Iwobi

Penampilan Iwobi bersama kelabnya, Arsenal, dan pasukan Nigeria cukup berbeza. Iwobi masih belum mampu bersaing dengan barisan bintang di Emirates dan mungkin itu menjadi faktor dia lebih menyinar bersama pasukan kebangsaan. Kepantasan, kemampuan menembusi benteng lawan dan kualiti penyudah yang baik menjadi beberapa perkara yang akan ditawarkan olehnya buat Super Eagles.

Jangkaan formasi

Rohr akan menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan gaya menyerang. Ikechukwu Ezenwa yang digunakan dalam beberapa aksi terakhir akan menjadi penjaga gol utama. Pemain Bursasport, William Troost-Ekong, dan benteng Mainz, Leon Balogon, akan menggalas tugas bek tengah sambil dibantu Shehu Abdullahi dan Elderson Echiejile akan membantu menerusi bek tepi. Rohr juga akan menggunakan khidmat pemain muda seperti Stephen Eze, Kenner Omeruo, dan Ola Aina.

Obi Mikel akan menjadi tonggak utama di tengah. Jika dibawa, Ndidi pastinya akan menjadi gandingan bekas pemain Chelsea itu. Jika tidak, Ogenyi Onazi mungkin akan menggantikan tempat Ndidi. Iwobi, Moses dan Iheanacho akan berada di belakang Ighalo yang bertindak selaku penyerang tunggal sementara Musa akan bersedia untuk menggantikan bekas pemain Watford itu jika diperlukan bagi menembusi pihak lawan.

Peluang di Piala Dunia

Peluang Nigeria untuk melepasi peringkat kumpulan tampak cerah apabila bertemu Iceland. Mereka masih memerlukan keajaiban sewaktu berdepan Argentina dan Croatia yang ternyata memiliki kelebihan berdasarkan di atas kertas. Super Eagles adalah salah satu negara Afrika yang diharapkan mampu mencipta kejutan di Piala Dunia 2018 nanti.