Santai Malaysia

Fernando Marquez: 5 perkara yang anda perlu tahun tentang pemain baru JDT

Semalam page rasmi JOHOR Southern Tigers telah mengumumkan kehadiran pemain baru mereka, Fernando Marquez yang berasal dari Argentina.

Menjadi harapan tinggi buat pengurusan dan peminat Johor Darul Ta’zim untuk menyaksikan persembahan bakal penggempur utama mereka ini dengan jayanya seterusnya merealisasikan impian mereka untuk memenangi Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut-turut.

Berikut adalah beberapa  perkara yang anda perlu tahu mengenai Fernando Marquez ini:

Profail pemain: Fernando Marquez

Nama penuh beliau adalah Fernando Andres Marquez dilahirkan di Santa Fe, Argentina pada 10 April 1987. Berumur 31 tahun pada tahun ini dan berketinggian 1.85 meter.

 

Memakai jersi #9 semenjak musim 12/13

Iya. Berdasarkan laman web tranfermarkt, Fernando Marquez menyarung jersi bernombor 9 sejak beliau bermain di Club Atletico Belgrano lagi. Telah bermain di kelab tersebut selama 5 musim sebelum dipinjamkan ke Defansa y Justicia pada musim 17/18 dimana beliau juga menyarung jersi bernombor 9.

2 gol dan 1 'assist' dalam satu perlawanan

Ini adalah rekod peribadi yang paling cemerlang buat penyerang berasal dari Argentina. Beliau mencipta rekod ini semasa pertembungan antara Defansa y Justicia melawan Club de Gimnasia y Esgrima La Plata dengan skor 4-4. Perlawanan ini berlangsung pada 26 Ogos 2017 yang lalu.

 

Statistik dalam Primera Division (Superliga Argentina) musim 17/18

Sebelum berpindah ke Johor Darul Ta'zim, Fernando Marquez telah membuat 20 penampilan untuk kelabnya, menjaringkan 10 gol dan menghasilkan 2 'assist' untuk rakan sepasukan. Sehingga kini, Primera Division telah melangsungkan 27 perlawanan.

Rekod Disiplin

Bagi musim 17/18 ini, Fernando Marquez tidak lagi mengutip sebarang kad merah samada dalam saingan liga (Primera Division) dan juga Copa Sudamericana. Beliau hanya mengutip 5 kad kuning iaitu 4 kad dalam saingan liga dan 1 kad dalam saingan Copa Sudamericana.