Malaysia Liga Super Malaysia

TMJ beri bayangan kepulangan Ulisses Morais

Mungkinkah bekas ketua jurulatih JDT, Ulisses Morais akan kembali ke pangkuan JDT?

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ seakan-akan memberi bayangan kepulangan pengendali dari Portugal itu ke pangkuan JDT.

Dalam kenyataan tersebut, TMJ berkata: “Saya tidak pernah panik Raul Longhi sebagai jurulatih kerana tugas beliau sentiasa sebagai ‘caretaker’, penjaga sementara sahaja. Dan sebab mengapa saya tidak mencari atau mengambil mana-mana jurulatih lain adalah kerana saya tahu Ulisses Morais akan kembali. Beliau terpaksa berundur dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana perlu menyelesaikan masalah keluarga beliau di Portugal. Oleh itu, saya cuma menanti Morais kembali manakala Raul hanya sebagai penjaga pasukan untuk sementara. Sebab itu saya tidak menandatangani jurulatih baharu.”

Mungkinkah Ulisses Morais akan kembali dalam masa terdekat? Atau JDT akan terus kekal bersama Raul Longhi sehingga penghujung musim dan Morais akan mengendalikan JDT pada musim hadapan, di mana jika mereka menjuarai Liga Super, mereka akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia.

Setakat ini, di bawah kendalian Longhi, JDT nampak mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super mereka. Namun, prestasi mereka di Piala FA dan Piala AFC agak mengecewakan, apabila mereka terkeluar awal daripada saingan.