Malaysia Kajian & Analisis

Tribe Ratings Pemain: Baddrol Bakthiar bantu Kedah tumpaskan Selangor 2-1 di Cheras

Baddrol Bakthiar muncul pemain terbaik Kedah di Cheras malam tadi selepas berjaya membantu pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Selangor.

Kapten Kedah itu membuka tirai jaringan dengan cubaan yang cantik pada minit ke-28, sebelum Liridon Krasniqi menambahkan jaringan pada minit ke-52. Syahmi Safari berjaya mendapatkan gol ‘consolation’ bagi pasukan Selangor pada minit ke-71, namun Kedah tetap akan pulang ke Alor Setar dengan tiga mata berharga.

Berikut adalah Tribe Ratings bagi pasukan Selangor & Kedah:

Tribe Ratings Pemain Selangor

Khairul Azhan - 4/10

Tiada apa yang boleh dilakukan beliau daripada menghalang tandukan Baddrol Bakhtiar daripada jarak yang dekat serta rembatan Liridon Krasniqi dalam kotak penalti. Beliau juga hampir melepaskan gol ketiga, jika Namathevan tidak berjaya melakukan hadangan.

A. Namathevan - 5/10

Secara keseluruhannya, pertahanan Selangor agak mengecewakan dalam perlawanan malam tadi, namun Namathevan merupakan pemain yang paling cemerlang antara mereka berempat. Melakukan 1 hadangan penting pada babak kedua apabila menghalang rembatan Syazwan Zainon setelah Khairul Azhan tertewas.

Alfonzo de la Cruz - 4/10

Kehadiran beliau di bahagian pertahanan pasukan Selangor nampaknya tidak menggerunkan barisan serangan pasukan Kedah. Gagal memimpin bahagian pertahanan pasukannya. 

Amirul Ashraf - 4/10

Mengalami malam yang sukar apabila jelas dibuli oleh barisan serangan pasukan Kedah.

 

K. Kannan - 3/10

Beliau gagal menghalang Syazwan Zainon daripada melakukan hantaran lintang yang menemui Baddrol Bakhtiar untuk Baddrol menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat. Beliau juga dipertanggungjawabkan atas gol kedua pasukan Kedah setelah hilang kawalan bola di dalam kotak penalti Selangor.

Evan Dimas - 5/10

Banyak melakukan cubaan hantaran untuk mencari jentera serangan Selangor, namun tidak begitu efektif dalam hantaran-hantaran beliau. Beliau juga mengutip kad kuning dalam perlawanan tadi.

Halim Zainal - 5/10

Diberikan tugas untuk melindungi pertahanan, namun kurang efektif dalam melakukannya. Dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk Syahmi Safari.

Saiful Ridzuwan - 4/10

Tidak efektif dalam melindungi bahagian pertahanan bersama gandingan beliau iaitu Evan Dimas.

Ilham Udin - 5/10

Ilham Udin kelihatan diberikan tugasan untuk melakukan larian-larian yang boleh memecahkan pertahanan pasukan Selangor serta menjadi sasaran kepada hantaran-hantaran jauh pemain pasukan Selangor, namun beliau tidak efisien dalam tugasan tersebut. Beliau juga dilihat agak tamak di hadapan gol, di mana beliau sepatutnya melakukan hantaran.

Joseph Kalang Tie - 5/10

Tidak begitu kelihatan pada babak pertama. Dikeluarkan pada rehat separuh masa untuk memberikan laluan kepada Amri Yahyah.

Rufino Segovia - 6/10

Bermula dengan baik pada awal perlawanan dengan beberapa percubaan, namun beliau akhirnya semakin 'senyap' sehinggalah tamat perlawanan.

Simpanan

Amri Yahya - 6/10

Hampir melakukan impak segera selepas masuk pada separuh masa kedua apabila melakukan sepakan percuma yang sedikit sahaja melepasi palang gol pasukan Kedah. Namun beliau mujur tidak dibuang padang pada lewat babak kedua akibat menampan bola dengan tangan ke gawang gol pasukan Kedah.

Syahmi Safari - 6/10

Masuk sebagai pemain gantian, beliau berjaya memperoleh 1 gol setelah melakukan 'flick' yang melambung melepasi Ifwat Akmal.

Shahrul Igwan - 5/10

Dimasukkan lewat pada babak kedua. Berjaya memperoleh 1 percubaan tidak lama selepas itu.

Tribe Ratings Pemain Kedah

Ifwat Akmal - 7/10

Beraksi dengan baik pada malam tadi, namun tidak begitu bernasib baik apabila ditewaskan oleh kecerdasan Syahmi Safari pada babak kedua.

Rizal Ghazali - 6/10

Aksi yang bertenaga di bahagian kanan sepanjang 90 minit permainan.

Alvaro Silva - 6/10

Dikritik hebat dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, namun beraksi dengan bagus pada malam tadi.

Syawal Nordin - 7/10

Beraksi dengan lebih baik berbanding Khairul Helmi dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini. Patut dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Ariff Farhan - 6/10

Melakukan tugas beliau dengan baik di posisi beliau. Dikeluarkan pada pertengahan babak kedua untuk digantikan dengan Asri Mardzuki.

Baddrol Bakthiar - 7/10

Beliau lebih banyak beroperasi di bahagian tengah dalam perlawanan ini berbanding di bahagian sayap pada kebiasaannya. Berjaya menjaringkan 1 gol hasil hantaran lintang Syazwan Zainon.

Liridon Krasniqi - 8/10

Beliau dengan jelas merancang majoriti pergerakan serangan pasukan Kedah pada malam tadi dengan beliau banyak memegang bola dalam perlawanan. Beliau juga berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tadi. Namun beliau masih perlu memperbaiki aspek melakukan keputusan dalam perlawanan.

Akram Mahinan - 6/10

Beliau banyak menggagalkan permulaan pergerakan serangan pasukan Selangor serta mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Amirul Hisyam - 5/10

Tidak banyak yang boleh diulas mengenai aksi beliau dalam perlawanan ini. Beliau juga dikeluarkan awal daripada perlawanan pada penghujung babak pertama untuk digantikan dengan Paulo Rangel.

Syazwan Zainon - 7/10

Larian-larian daripada beliau membolehkan beliau memperoleh 1 hantaran akhir dalan perlawanan menerusi hantaran lintang yang disudahkan oleh Baddrol Bakhtiar.

Sandro da Silva - 6/10

Beliau pada awal perlawanan diletakkan di posisi striker dan efektif bertukar posisi dengan Baddrol dalam perlawanan. Namun setelah Paulo Rangel dimasukkan, beliau kelihatan 'senyap’ selepas itu.

Simpanan

Paulo Rangel - 6/10

Dimasukkan pada penghujung babak pertama setelah pasukan Kedah mendahului perlawanan. Kemungkinan Nidzam Adzha mahu mengurangkan tekanan terhadap beliau dengan memasukkan beliau daripada bangku simpanan berbanding memulakan beliau.

Asri Mardzuki - 5/10

Dimasukkan untuk Ariff Farhan di posisi yang sama iaitu bek kiri, namun tidak banyak memberikan impak yang jelas sepertimana juga Ariff Farhan.

Akhyar Rashid - 5/10

Dimasukkan pada babak kedua menggantikan Syazwan Zainon.