Luar Negara Eropah

Detik-detik paling ikonik Gianluigi Buffon bersama Juventus

Karier Gianluigi Buffon bersama Juventus akhirnya menemui penamat.

Selama 17 tahun dia telah berkhidmat buat The Old Lady. Untuk mengenang kembali perjalanan kariernya, berikut adalah detik-detik penting penjaga gol Itali itu.

Berpindah dari Parma ke Juventus

Pada 3 Julai 2001, Buffon dan Juventus mencipta sejarah apabila perpindahannya disempurnakan menerusi yuran berjumlah EUR52 juta. Buffon akhirnya menyarung jersi Bianconeri untuk menggantikan tempat Edwin Van Der Sar.

17 tahun, 655 perlawanan, 310 tidak dibolosi

17 tahun adalah tempoh masa kariernya bersama Juventus dan dalam tempoh itu, dia telah beraksi dalam 655 perlawanan buat The Old Lady dan mencatatkan 310 perlawanan tidak dibolosi.

Menjulang Piala Dunia sebagai penjaga gol Juventus

Piala Dunia melengkapkan koleksi trofi yang sudah diraihnya sepanjang bergelar penjaga gol. Pada tahun 2006, muncul detik terbaik apabila dia menjulang Piala Dunia sebagai penjaga gol Juventus.

Gagal melayakkan diri ke Piala Dunia terakhir

Karier Buffon sering tidak dkaitkan dengan kebahagiaan. Dia tidak mampu membawa Itali ke Russia selepas tewas di tangan Sweden.

Perseteruan dengan Michael Oliver

Selepas gagal ke Piala Dunia, Buffon terus menerima nasib malang apabila gagal menjulang trofi Liga Juara-Juara di musim terakhirnya. Perseteruan dengan Michael Oliver memberi bayangan berakhirnya masa Buffon di pentas itu.

Juara Serie A tujuh kali berturut-turut

Gagal di Piala Dunia dan Liga Juara-Juara, sekurang-kurangnya Buffon boleh menarik nafas lega kerana pada musim terakhirnya bersama Juventus, dia telah meraih kejuaraan Serie A yang ketujuh berturut-turut.