Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18 sudah diketahui sejak bulan lalu. Kekalahan mengejut 1-0 Manchester United di tangan West Bromwich Albion pada 15 April lalu telah memberikan laluan buat seteru setempat, Manchester City, untuk mengesahkan status sebagai juara liga di England pada musim ini.
Namun semalam, Manchester City berjaya mencipta satu lagi kejayaan selepas menewaskan Southampton 1-0 untuk menghabiskan musim 2017-2018 dengan 100 mata di Liga Perdana Inggeris. Ini sekaligus menjadikan skuad Pep Guardiola pasukan England pertama untuk mencatat jumlah mata tersebut.
Walaubagaimanapun, City bukan satu-satunya pasukan Eropah yang pernah mengukir kejayaan gemilang itu – terdapat beberapa pasukan lain yang turut pernah mencatat 100 mata dalam saingan liga.