Baru-baru ini, Buriram United menurukan seorang pemain muda yang hanya berumur 15 tahun untuk sebuah perlawanan Liga Thai, sekaligus mencetus pelbagai diskusi tentang penggunaan pemain muda di Malaysia.
Kelab-kelab di Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia jarang menurunkan pemain muda, namun ‘trend’ tersebut semakin berubah dengan kemunculan pasukan-pasukan muda seperti PKNP FC dan juga Kelantan.
Kami telah menggunakan data yang disediakan oleh TransferMarkt.com untuk membina senarai 10 pemain termuda yang diturunkan di pentas Liga Super Malaysia tahun ini: