Salah satu cara setiap pasukan yang menyertai Piala Dunia memeriahkan kejohanan adalah mengeluarkan jersi dengan rekaan unik dan menarik.
Namun, terdapat juga beberapa keluaran yang membuatkan jersi kelihatan buruk. Berikut adalah senarai 10 jersi terburuk dalam sejarah Piala Dunia:
Cameroon – 2002
Rekaan jersi skuad kebangsaan Cameroon memang unik tetapi pengertian yang negatif. Mereka menggunakan jersi tanpa lengan untuk Piala Dunia 2002. Puma sempat menambahkan lengan tambahan berwarna hitam kerana FIFA tidak membenarkannya.
Mexico – 1998
Pada awalnya, skuad kebangsaan Mexico seperti mahu memperkenal dan menerapkan budaya yang dimiliki dalam rekaan jersi yang digunakan di Piala Dunia 1998. Malangnya, lambang Aztec yang memenuhi bahagian depan jersi membuatkannya lebih aneh.
Mexico – 1998 (jersi penjaga gol)
Sama seperti jersi pemain, jersi yang digunakan penjaga gol Mexico juga kelihatan aneh. Rekaannya memperlihatkan empat warna yang berbeza menghiasi jersi tersebut.
Scotland – 1986
Sekali pandang, jersi Scotland tidak Nampak pelik tetapi sesuatu yang janggal terletak pada seluarnya. Satu garisan berwarna sama seperti jersi digunakan kelihatan seolah-olah satu tali pinggang.
USMNT – 1994
Rekaan jersi utama USMNT di Piala Dunia 1994 dikesan berada di bawah takrif ukuran jersi dari Amerika Syarikat. Pemilihan warna kelabu seperti abu ditambah dengan ukiran bintang telah menjadi corak buat jersi sehingga ditempatkan dalam senarai ini.
Nigeria – 2018
Nigeria mempunya rekaan yang cukup berbeza dan menonjol berbanding pasukan lain. Di Piala Dunia 2018 nanti, mereka tetap menggunakan warna hijau tetapi dengan corak yang kelihatan seperti sisik ular.
Afrika Selatan – 1998
Tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan garisan yang menghiasi jersi Afrika Selatan, namun yang jelas garisan dengan tiga warna berbeza itu membuatkan jersi Piala Dunia 2018 tampak buruk. Lebih-lebih lagi, seluar yang digunakan juga tidak sepadan dengan jersi mereka.
Nigeria – 1998
Sebelum wujudnya jersi versi 2018, Nigeria telah menggunakan jersi yang juga buruk. Jersi kedua untuk Piala Dunia 1998 telah menggunakan warna putih sebagai warna utama, namun tambahan corak yang ada membuatkannya kelihatan seperti kertas hiasan dinding rumah.
Jerman – 1994
Jersi kedua Jerman sememangnya mempunyai corak sama dengan jersi utama, namun pemilihan warna yang kurang tepat membuatkannya tampak buruk.
Iran – 2014
Skuad kebangsaan Iran mungkin mahu menakutkan lawan dengna penampilan harimau bintang pada jersinya. Malangnya, mereka gagal menggentarkan lawan kerana gambar harimau bintang itu membuatkan mereka kelihatan lucu.