Kebangkitan Melaka United pada penghujung babak kedua gagal menghentikan pasukan Perak daripada meraih tiga mata berharga di Stadium Hang Jebat malam tadi.
Keputusan Faizal Muhammad untuk menyiku Leandro dos Santos membantu Perak membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Wander Luiz pada penghujung babak pertama, sebelum Gilmar menjaringkan gol kedua Perak pada awal separuh masa kedua.
Melaka United kemudiannya menunjukkan sebuah kebangkitan yang dramatik dan berjaya mendapatkan gol melalui tandukan Yahor Zubovich. Dan walaupun mereka terus menekan barisan pertahanan Perak secara agresif selepas itu, skuad Mehmet Durakovic akhirnya mendapatkan kemenangan berharga yang membantu mereka melonjak ke tangga ketiga di carta Liga Super.
Berikut adalah beberapa perkara yang kami perhatikan ketika perlawanan malam tadi: