Berita Luar Negara

Gladys Lengwe: Kisah seorang penganggur yang kini menjadi antara pengadil wanita terbaik

Gladys Lengwe tidak pernah menyangka bahawa karier yang diceburi sejak 2002 akan diteruskan sehingga kini. Pada usia 17 tahun, wanita dari Zambia ini memulakan karier selaku pengadil wanita bola sepak. Di dunia yang didominasi oleh lelaki, pengadil wanita jarang ditemui. Namun, itu adalah situasi dulu, dimana kini telah wujud peningkatan jumlah pengadil wnaita. Lengwe merupakan salah seorang daripada mereka.

Pada awalnya, dia hanya menjalankan tugas secara sambilan untuk mendapatkan tiket menonton bola sepak secara percuma. Ketika ditemubual oleh Fifa.com, Lengwe menyifatkan dirinya tidak begitu serius untuk menjadi seorang pengadil sebelum ini kerana kebanyakannya adalah lelaki. Namun, segalanya berubah ketika dia menerima dorongan daripada rakan-rakan pengadil lelaki.

Pada tahun 2002, dia mula mengendalikan perlawanan di divisyen bawah selama beberapa tahun. Dalam temubual yang sama, dia menjelaskan bahawa tidak mudah untuk wanita bergelar pengadil. Namun, lama-kelamaan pemain mula terbiasa dengan kehadirannya dan mengakui keahlian Lengwe sebagai seorang pengadil sehingga membuatkan pekerjaannya semakin mudah.

Pada tahun 2011, FIFA melakukan perubahan apabila memperkenalkan pengurus pengadil ke daerah pekerjaannya. Pengurus yang menguruskan Lenge telah menawarkannya untuk menjadi pengadil di divisyen utama Zambia. Sejak itu, dia tidak lagi mengendalikan divisyen bawa dan terus mara ke liga utama.

Pencapaian buat wanita berusia 40 tahun ini membuktikan bahawa dia mampu bersaing dengan pengadil lelaki yang lain. Lengwe menjadi pengadil wanita pertama dari Afrika yang mengendalikan pertandingan besar. Penghargaan sebagai pengadil terbaik Zambia telah diterima pada 2012.

Prestasinya bukan sekadar di situ. Dia menjadi salah satu daripada tiga nama yang dipilih Afrika untuk ke Piala Dunia Wanita pada 2015 di Kanada serta mengadili pertandingan bola sepak wanita di Olimpiade pada 2016. Sehingga kini, kerjayanya sebagai pengadil masih berterusan dan lengwe akan terus menjadi motivasi buat pengadil-pengadil wanita di seluruh dunia.