Pahang berjaya meraih tiga mata penting di Stadium Darul Makmur malam ini selepas menewaskan Melaka United 2-0.
Biarpun tidak bermain dengan begitu cemerlang malam ini, jaringan akrobatik Patrick Cruz pada babak kedua berjaya merobek gawang gol Melaka, sebelum Faisal Rosli menjaringkan satu lagi gol pada penghujung perlawanan untuk melengkapkan sebuah kemenangan yang penting.
Kemenangan ini bermakna Pahang sah menduduki tempat kedua di tangga Liga Super minggu ini, hanya empat mata dibelakang Johor Darul Ta’zim, yang terus gah di persada liga selepas mendapatkan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Kota Bharu.
Berikut adalah beberapa perkara yang kami perhatikan ketika pertembungan di antara Pahang dan Melaka United malam tadi: