Bekas pemain pertahanan dan ketua pasukan Arsenal dilaporkan telah menghantar permohonan untuk menjadi ketua jurulatih Singapura.
Memetik laporan Channel News Asia, Adams mengesahkan bahawa dia berminat untuk mengisi kekosongan jurulatih skuad kebangsaan Singapura.
“Saya ada beberapa peluang yang lebih dekat (di England) tetapi saya tahu Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) sedang mencari ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru.”
Tony Adams yang merupakan antara pemain pertahanan terbaik Arsenal dan England pernah menjawat jawatan pengurus untuk Wycombe Wanderers, Portsmouth dan Granada pada tahun lalu. Biarpun berpengalaman, pencapaian Adams sebagai ketua jurulatih dan pengurus tidak terlalu membanggakan di mana Wycombe, Portsmouth dan Granada tersingkir daripada liga masing-masing.
Bersama Arsenal sebagai pemain, dia pernah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Selepas pengumuman mengenai pemergian Arsene Wenger di hujung musim ini, Adams turut menyatakan kesediaannya untuk menggantikan tempat pengurus Perancis itu di Arsenal.