Tatkala Andres Iniesta dilihat seperti menuju ke penghujung jalan di Camp Nou, Barcelona pasti mencari pengganti. Beberapa nama pemain tengah berkualiti dikaitkan dengan Barca tetapi calon paling tepat mungkin bintang Lazio musim ini, Luis Alberto.
Barcelona bukan baru tertarik dengan pemain ini. Ketika aksi Derby Della Capitale pada hujung minggu lalu, Blaugrana sudah menghantar skuad pencari bakat ke Olimpico untuk menyaksikan kelibat pemain berusia 25 tahun itu.
Persembahan Luis Alberto pada musim ini sangat cemerlang. Dalam tujuh penampilan terakhir di semua kejohanan, dia mencatat dua gol dan enam bantuan jaringan, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 10 gol serta 16 bantuan jaringan dalam 44 penampilan. Ia adalah jumlah yang melebihi 10 buat pertama kali dalam kariernya.
Perwatakan Luis Alberto sendiri diyakini sangat sesuai dengan Barva. Visi yang bagus, gelecekan yang lincah serta ketepatan situasi bola mati menjadi keutamaannya. Harus diingat usianya baru 25 tahun dan berasal dari Sepanyol, sekaligus dilihat sesuai untuk bersama Barca.
Nilai pasaran Luis Alberto ketika ini dianggarkan sekitar 20 juta EURO. Berbekalkan kelompok minat seperti Barcelona, harga itu boleh menjengah sehingga 30-40 juta EURO. Ia akan memberikan keuntungan kewangan yang besar buat Lazio, selepas hanya mengeluarkan 3.6 juta Pound sewaktu mendapatkannya dari Liverpool pada Ogos 2016.
Apa yang menarik, jika Luis Alberto ke Barcelona, dia akan kembali bersama pasukan itu selepas enam tahun. Pada Ogos 2012, Barcelona B sempat meminjam khidmatnya dari Sevilla selama semusim tetapi disebabkan aksi yang kurang memikat, Barca B tidak berhasrat untuk mendapatkannya secara tetap.
Fakta menari kedua seandainaya Luis Alberto ke Barca adalah kepantasan perkembangan kariernya dalam masa setahun. Daripada pemain yang dikenali sebagai produk gagal Sevilla pada 2017/18 dan ingin bersara kerana tekanan kepada pemain yang merebutkan tempat untuk ke Piala Dunia dan menarik minat Barcelona.