Piala Dunia 2018 hanya tinggal 62 hari lagi untuk dimulakan. Baru-baru ini, beberapa pasukan sudah mula melalui aksi persahabatan untuk mempersiapkan diri menghadapi temasya itu.
Mei dan awal Jun adalah tempoh terakhir buat mereka untuk menyediakan bekalan berharga ke Russia. Sebagai penonton, selain daripada menuggu ia dimulakan, lebih baik kita melihat kepada jersi yang akan digunakan oleh setiap negara yang menyertainya, bermula dengan pasukan dalam Kumpulan A hingga Kumpulan D.
Russia
Tuan rumah, Russia, menggunakan jersi Adidas yang memperlihatkan identiti serupa dengan jersi Soviet Union pada tahun 1988.
Arab Saudi
Arab Saudi menggunakan warna dominan putih dengan sedikit corak berwarna hijau yang dikeluarkan oleh Nike.
Mesir
Adidas menggunakan warna merah yang cukup dikenali dengan pemain-pemain Mesir. Jika dilihat dengan teliti, terdapat corak papan catur pada permukaan jersi.
Uruguay
Salah sebuah negara latin ini memilih Puma sebagai pembekal jersi mereka, menggunakan warna biru muda yang klasik.
Portugal
Corak jersi Portugal daripada Nike dilihat agak biasa, dengan warna merah dan bahagian leher berwarna hijau.
Sepanyol
Menggunakan corak klasik ketika saingan Piala Dunia 1994 membuatkan Sepanyol agak berlainan daripada pasukan lain.
Morocco
Jersi yang dikeluarkan oleh Adidas mengingatkan semua kepada bendera Morocco, berwarna merah dan bintang berwarna hijau.
Iran
Corak jersi iran juga agak santai dengan warna dominan putih dan beberapa garis di bahagian tepi serta leher berwarna merah.
Perancis
Corak jersi Perancis cukup menarik apabila mengenakan warna biru tua di bahagian badan dan corak warna biru muda di bahu.
Australia
Australia mengambil inspirasi daripada jersi mereka pada tahun 2006, apabila Socceroos berjaya layak ke pentas Piala Dunia buat kali pertama dalam 32 tahun.
Peru
Umbro memberikan sentuhan garisan berwarna merah pada jersi putih pasukan kebangsaan Peru.
Denmark
Hummel menghasilkan jersi baru pasukan Denmark dengan warna dominan merah dan disertakan hiasan pada bahagian bahu berwarna merah.
Argentina
Jersi terbaru Argentina keluaran Adidas dilihat sangat klasik dan tampak menarik apabila digunakan oleh bintang sensasi, Lionel Messi.
Iceland
Pasukan baru di pentas Piala Dunia, Iceland juga tidak kalah apabila mengeluarkan jersi baru menggunakan warna biru dan merah.
Croatia
Pendekatan jersi Croatia tidak banyak berubah pada kali ini apabila mempertaruhkan corak bendera memenuhi jersi, membuatkan ia lebih mudah dikenali sebagai jersi Croatia.
Nigeria
Corak jersi Nigeria untuk Piala Dunia kali ini menjadi corak yang paling menarik berbanding psaukan lain.