![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2018/03/29496879_1608628415900583_6143886619421076896_n-800x533.jpg)
Jutaan rakyat Malaysia masih terkejut selepas skuad semi-pro Mongolia berjaya mengikat Malaysia 2-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam semalam.
Biarpun menurunkan kesebelasan pertama yang cukup mantap, skuad Harimau Malaya gagal menunjukkan taring dan persembahan yang rapuh di bahagian pertahanan akhirnya membantu Mongolia mendapatkan mata pertama perlawanan persahabatan kelas A dalam sejarah mereka.
Artikel Doktor Tribe ini akan menampilkan nama-nama pemain yang mencuri perhatian ramai, pemain yang paling mengecewakan, selain turut memberi sedikit analisis berkenaan corak taktikal yang digunakan oleh kedua-dua pengurus.