Saintis terkenal dunia, Stephen Hawking, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pda 14 Mac lalu. Dia terkenal kerana dikatakan muncul sebagai ahli fizik terbaik selain Galieo Galilei dan Albert Einstein. Selain itu, ia juga hasil daripada perihal berkaitan Theory of Everything.
Bagi yang tidak mendalami ilmu fizik, agak sulit untuk memahami istilah tersebut. Ia melibatkan rumus dalam setiap alam yang mengandungi kaitan dengan tenaga bumi, tenaga mekanikal serta perbahasan dalam string theory yang menjelaskan tentang masa dan ruang. Teori itu mampu untuk menjawab pelbagai permasalahan yang wujud di dunia.
Apa yang membuatkan Theory of Everything berkaitan dengan bola sepak? Profesor Hawking sememangnya warga Inggeris tetapi tiada bukti sahih yang mengaitkannya dengan dunia bola sepak. Semua maklum bahawa hampir keseluruhan hidupnya idigunakan untuk mempelajari dan melakukan ujikaji terhadap ruang dan waktu.
Dia pernah memberikan idea dan jangkaan keputusan buat pasukan England ketika berlangsungnya Piala Dunia tetapi itu tidak boleh dijadikan bukti dia peminat bola sepak. Ia mungkin hanya disebabkan dirinya selesa dengan perihal Piala Dunia yang bersifat saintifik, kerana kemungkinan dan pemboleh ubah juga sebahagian daripada Theory of Everything.
Ia menjadi lebih menarik apabila teori itu digunakan bukan sahaja untuk memahami fenomena yang berlaku dalam kehidupan tetapi turut dipercayai dalam memahami ilmu bola sepak secara lebih komprehensif.
Terdapat dua pecahan untuk dijelaskan buat Theory of Everything versi bola sepak. Ia melibatkan dua pemahaman yang berbeza daripada kelompok pemain atau penonton. Mungkin anda juga sudah mula memahami corak ini.
Dalil yang pertama adalah seni bola sepak yang indah, atau lebih mudah dengan istilah bola sepak menyerang. Selain beraksi, bola sepak juga harus ditampilkan dengan lebih menarik dan menghiburkan. Bagi sesetengah peminat, mereka menganggap istilah itu sebagai salah satu corak bola sepak penuh drama dan hebat.
Dalil kedua adalah golongan bola sepak yang lebih memahami sukan itu secara pragmatisme. Namun, ada juga kelompok yang menyalah erti corak tersebut dengan melabelkannya “bertahan” walaupun sebenarnya, ia lebih realistik dan moden.
Debat antara kedua-dua istilah bola sepak ini sering wujud, bukan sahaja di warung-warung, malah turut menjadi tajuk hangat yang dipilih setiap pemerhati bola sepak.
Ia menjadi semakin sulit kerana tidak mungkin akan tercipta satu jalan penyelesaian terhadap perdebatan itu. Tidak kira istilah menyerang atau bertahan, ia tetap memiliki pendukung yang kukuh memegang prinsip masing-masing di atas padang atau dari bangku penonton dan akhirnya, ia tidak akan menjadi satu kesalahan jika anda memilih untuk melakukan pemahaman sendiri. Apa yang pasti, perdebatan itu masih berterusan sehingga kini, membuatkan “Theory of Everything” dalam dunia bola sepak tidak akan ditemui.