Luar Negara Eropah

Live Streaming Serie A: Crotone vs AC Milan

Beberapa hari selepas berjaya menempah slot di pentas suku akhir Liga Juara-Juara Asia, AS Roma akan berkunjung ke Stadio Ezio Scida untuk bertembung dengan Crotone malam ini.

Skuad Eusebio di Francessco akan memasuki perlawanan ini dengan tahap keyakinan yang cukup tinggi, kerana musim ini sepatutnya digunakan untuk membina semula skuad Roma bagi memberi cabaran yang lebih sengit tahun depan. Tetapi, mereka sudah berjaya menunjukkan kematangan yang cukup tinggi di peringkat domestik dan juga di Eropah.

Namun, perlumbaan untuk slot Liga Juara-Juar Eropah musim depan masih sedang hangat di Itali. Napoli dan Juventus sedang bertarung untuk kejuaraan liga di posisi pertama dan kedua, manakala AS Roma pula sedang berebut posisi ketiga dengan Inter Milan, Lazio dan juga AC Milan. Hanya tiga mata membezakan AS Roma di tempat ketiga dengan Lazio, yang berada di tempat kelima, manakala AC Milan pula hanya berada enam mata di belakang Roma di tempat keenam.

Ini menjadikan perlawanan malam ini penting kerana Crotone merupakan antara pasukan yang wajib ditewaskan oleh Roma jika mereka mahu terus kekal di tempat ketiga. Pasukan yang berasal dari Calabria itu berdepan dengan penyingkiran, walaupun kemenangan 4-1 ke atas Sampdoria minggu lepas sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan mereka.

Tetapi, Roma tidak pernah tewas di tangan Crotone – malah mereka juga tidak pernah membolos sebarang gol menentang pasukan ini. Dan rekod Roma di tempat lawan bagi musim ini cukup positif, bermakna mereka mempunyai peluang yang bagus untuk meraih tiga mata penting malam ini.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan di antara Crotone dan AS Roma, sila klik pautan berikut:

SportsFix: Crotone vs AS Roma