Malaysia

Sampel B penjaga gol B23 Malaysia dan Negeri Sembilan sah positif

Di sebalik berita baik pelantikan Azraai Khor sebagai jurulatih baru Negeri Sembilan, nasib malang turut menimpa skuad Jang.

Perkembangan terbaru kes doping penjaga gol bawah 23 tahun negara, Ahmad Syihan Hazmi menyaksikan sampel B yang diuji tetap positif metabolite methandienone.

Menurut laporan Harian Metro, perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Kami baru menerima makluman daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan saya boleh sahkan bahawa sampel B yang diuji tetap positif.

“AFC juga sudah menghantar surat dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa tatatertib AFC. Jadi kami perlu menunggu apa keputusan mereka selepas ini.

Syihan berdepan hukuman penggantungan dua hingga empat tahun menurut kesalahan penggunaan bahan yang terlarang seperti termaktub oleh AFC.