Luar Negara

Lewandowski dan Hummels bergaduh di padang latihan

Nampaknya keadaan semakin panas di kem Bayern Munich.

Terbaru, penyerang mereka, Robert Lewandowski dilihat bertengkar dengan rakan sepasukannya, Mats Hummels dalam sesi latihan.

Dalam sesi tersebut, Hummels dilihat memarahi Lewandowski yang sedang berhenti mengikat tali kasutnya ketika pasukan lawan sedang menyerang yang mengakibatkan Corentin Tolisso menjaringkan gol dengan mudah.

Menurut laporan media Jerman, ini adalah antara apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pemain dalam pertengkaran tersebut. Ada sesetengah perkataan terpaksa dibuang kerana tidak sesuai.

H: Lewy, kau serius? Kau sedang ikat tali kasut?

L: Kau baru sahaja kehilangan bola.

H: Itu satu kesilapan. Dengan kau, ianya sikap kau.

L: Kau selalu hilang bola. Kau terlalu banyak bercakap.

H: Diamlah!

Semenjak dua menjak ini terdapat spekulasi bahawa Lewandowski bakal berhijrah keluar dari Bayern dan Real Madrid dikatakan berminat membawa masuk penyerang Poland berkenaan.