Adakah musim depan akan menyaksikan ramai pemain Chelsea meninggalkan kelab?
Selepas Hazard dan Courtois dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante pula dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Chelsea.
Kelab Perancis, PSG dikhabarkan berminat membawa pemain kebangsaan Perancis itu ke Paris bagi menggantikan tempat pemain tengah mereka, Thiago Motta yang sudah menghampiri penghujung kerjayanya.
Kante menjadi sebutan kelab-kelab di Eropah selepas mempamerkan aksi bertenaga untuk membantu Leicester City membuat kejutan menjuarai Liga Perdana Inggeris dan menjadi tonggak utama untuk membantu Perancis mara ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah pada tahun 2016.
PSG dikhabarkan bersedia membayar nilai perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan Kante. Kante berpindah ke Chelsea dari Leicester City pada tahun 2016 dengan bayaran perpindahan £32 juta, jadi pastinya PSG perlu membida lebih dari itu untuk mendapatkannya.