Malaysia Liga Super Malaysia

“Pasukan liga amatur cipta sejarah!” Keputusan penuh pusingan pertama Piala FA 2018

Sejarah tercipta di Malaysia hari ini selepas dua pasukan Liga Amatur secara rasmi menempah slot pusingan kedua di pentas Piala FA 2018.

Southern FC, sebuah pasukan Liga Sosial yang berasal daripada Klang, akan bertemu dengan gergasi Liga Super, Melaka United di pusingan kedua selepas mereka berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Selangor United petang tadi.

Juara Selangor Champions League 2017, Axis-O2 FC turut berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas mereka menyumbat empat gol untuk menewaskan SRCC Kuala Kangsar 4-1 di Stadium MP Subang Jaya. Mereka akan berdepan dengan pasukan Liga FAM, Kuantan FA di pusingan kedua.

Selain itu, PJ Rangers turut mara ke pusingan kedua selepas menang bergaya 6-1 ke atas MD Jempol, manakala Kuching FA juga berjaya menewaskan Real Chukai FC 2-0 untuk bertemu dengan Kuala Lumpur FA di pusingan seterusnya.

Berikut adalah keputusan penuh pusingan pertama Piala FA 2018:

Selangor United 1-2 Southern FC
Axis O2 FC 4-1 SRCC Kuala Kangsar
Kuching FA 2-0 Real Chukai FC
Shahzan Muda FC 3-0 PIB FC
MOF FC 6-0 CNA FC
PJ Rangers 6-1 MD Jempol FC
Terengganu City FC 2-0 Jerantut FA
Invictus FC 0-3 Hanelang FC