Bagi seorang pemain bolasepak profesional, menjaga pemakanan adalah sangat penting. Untuk mencapai kemuncak prestasi, seorang pemain perlu disiplin menjaga diet mereka. Namun, sesekali kalau keluar dari diet tidak apa, terutamanya selepas menempuh musim bolasepak yang panjang.
Tambahan pula, siapa yang boleh menolak dari makan makanan tradisi Malaysia yang cukup menyelerakan? Jangan kata rakyat Malaysia, pemain profesional seperti Luis Suarez yang beraksi untuk Uruguay dan Barcelona juga menggemari makanan Malaysia.
Suarez yang dilantik sebagai duta pelancongan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia telah mencuba pelbagai makanan istimewa Malaysia seperti Roti Canai, Satay, Char Kway Teow, nasi lemak dan banyak lagi. Daripada semua makanan tersebut, nampaknya Suarez paling menggemari Char Kway Teow dan mengatakan dia tidak kisah untuk makan hidangan tersebut setiap hari. Pastinya lebih lazat dari Giorgio Chiellini kan Suarez?