Kenapa pilih Manchester United?
Itu persoalan yang berada di minda ramai penyokong bolasepak semenjak laporan media di England mengatakan bahawa bintang Arsenal, Alexis Sanchez mungkin akan berhijrah ke Old Trafford pada bulan ini.
Selepas Arsenal tewas 1-2 di tangan Bournemouth malam semalam, Arsene Wenger mengesahkan bahawa pemain itu bakal meninggalkan Emirates dalam masa 48 jam. “Ia akan diputuskan dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia agak sukar buatnya kerana dia sudah bersedia. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk tidak menurunkannya. Dia tidak menolak untuk bermain,” kata Wenger.
Namun, perkara yang menarik perhatian ramai adalah berita yang mengaitkan Sanchez dengan perpindahan ke United, walaupun Pep Guardiola dan Manchester City jelas mahukan bintang Chile tersebut semenjak enam bulan lepas.
City hampir menandatangani Sanchez untuk 60 juta pounds pada bulan Ogos lalu dan selepas mereka gagal berbuat demikian, pihak pengurusan City mula berunding dengan ejen Sanchez untuk membawa masuk pemain itu pada bulan Januari. Beberapa hari lepas, laporan pelbagai media di Eropah mengatakan bahawa United sudah mula menunjukkan minat dan tidak lama selepas itu, mereka membuat tawaran kontrak dan menjadi calon pertama untuk Sanchez.
Tapi kenapa Sanchez mahu memilih United jika City jelas menawarkan peluang untuk memenangi trofi? Berikut adalah lima sebab kenapa Sanchez mungkin mahu berhijrah ke Old Trafford.