Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (10-1)

Selepas empat tahun berturut-turut habis sebagai pasukan kedua terbaik di J.League, Kawasaki Frontale akhirnya berjaya memenangi Liga Jepun itu buat kali pertama tahun ini. Dan antara pemain yang jelas memainkan peranan yang besar dalam kempen mereka adalah Kengo Nakamura – pemain yang berusia 37 tahun. Walaupun dia menyerahkan tugas kapten kepada Yu Kobayashi, namun dia tetap menjadi tali yang mengikat bahagian tengah Frontale sepanjang musim 2017.