Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (20-11)

Pemain berusia 32 tahun itu terus menyinar untuk Guangzhou Evergrande tahun ini. Dia bukan sahaja menjadi pemain utama untuk kempen liga mereka, di mana mereka berjaya meraih kejuaraan Chinese Super League buat kali ketujuh berturut turut. Malah, Feng turut menunjukkan prestasi yang cemerlang di saingan Liga Juara-Juara Asia. Walaupun Guangzhou tewas di peringkat suku akhir, Feng Xiaoting dimasukkan ke dalam kesebelasan terbaik Liga Juara-Juara Asia untuk 2017.