
Gangwon FC berjaya masuk ke dalam ‘top split’ K-League buat kali pertama dalam sejarah kelab dan peranan yang dimainkan oleh Lee Keun-Ho dalam pencapaian itu tidak boleh diperkecilkan, dengan lapan gol dan sembilan ‘assist’ dalam 37 perlawanan. Dia turut membantu skuad kebangsaan Korea Selatan untuk menewaskan Jepun 4-1 di kejohanan EAFF E-1. Walaupun sering dikritik kerana gagal menyudahkan peluang dengan konsisten, Lee Keun-ho tetap merupakan antara pemain sayap terbaik di K.League dengan kelajuan yang dimilikinya.