Son Heung-mun. Itu merupakan nama yang tidak asing lagi buat peminat bola sepak di seluruh dunia. Penyerang Tottenham Hotspur itu merupakan pemain Korea Selatan yang paling terkenal, sejak zaman Cha Bum-kun dan juga Park Ji-sung. Musim lepas, Son berjaya meledak 21 kali dalam 47 perlawanan untuk Spurs.
Musim ini pula, Son sudah mula menunjukkan peningkatan dan dia sudah menjaringkan 9 gol dalam 25 perlawanan setakat ini. Malah, empat daripada sembilan gol tersebut hadir dalam empat perlawanan terakhir Spurs. Jika Son terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang, dia mempunyai potensi untuk menjadi penyerang terbaik dalam sejarah bolasepak Asia.