Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kita jarang dapat melihat pemain Asia yang berani menggelecek bola tetapi Hwang Hee-chan merupakan satu lagi pemain yang cukup berani apabila bola berada di kakinya. Pemain berusia 21 tahun ini sangat bahaya dalam situasi ‘counter-attack’ dan mampu menggunakan kelajuannya untuk merobek pertahanan lawan.

Selepas berjaya diterapkan ke dalam skuad utama RB Salzburg musim lepas, Hwang telah berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang penyerang yang prolifik. Musim ini, Hwang berada di tangga ke-3 dalam senarai penjaring terbanyak di Liga Austria dengan enam gol daripada 11 penampilan.