
Zahasmi Ismail berpendapat bahawa ketumpulan para penyerangnya merupakan antara faktor utama dibelakang prestasi hambar pasukan Kelantan.
Pasukan The Red Warriors itu kini berada di zon bahaya Liga Super dengan hanya berbaki satu lagi perlawanan. Sekiranya Kelantan tewas menentang Melaka United dalam perlawanan akhir mereka pada bulan depan, skuad kendalian Zahasmi itu akan disingkirkan ke Liga Premier Malaysia buat musim 2018.
Ini merupakan situasi yang agak mengecewakan buat penyokong Kelantan kerana mereka menunjukan corak permainan yang agak positif pada awal musim ini.
Tetapi, Zahasmi mendakwa bahawa keputusan pihak pengurusan Kelantan untuk mengizinkan perpindahan Ghaddar ke Johor DT telah memberi impak yang agak negatif terhadap kebolehan skuadnya.
“Kami tidak ada pemain yang boleh menjaringkan gol berbanding pada awal musim, ketika itu pasukan mempunyai pemain import Mohammed Ghaddar di posisi untuk menghasilkan gol.