Malaysia

Bojan mahu Nelo panggil lebih ramai pemain muda dalam skuad Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Malaysia U19, Bojan Hodak mencadangkan agar jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada menyerapkan lebih ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan untuk tugasan antarabangsa.

“Saya fikir masalah terbesar Vingada ialah dia terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih besar daripada pemain senior berbanding memberi tumpuan kepada perkara asas ketika bersama mereka dalam kem latihan pusat,” katanya.

” saya percaya lebih baik beliau mengambil pemain muda yang berbakat kerana mereka lebih mendengar cakap dalam perlawanan dan juga latihan.”

“Beliau juga boleh mengasah bakat pemain muda ini dan memperbaiki dalam semua aspek. Kalau dia terlalu bergantung kepada pemain senior, kadang-kala mereka tidak mahu mengikut arahannya. Mereka hanya berminat dengan gaji tinggi dan tidak mahu berusaha untuk memperbaiki diri,” katanya kepada Timesporst ketika perlawanan kelayakan piala asia menentang Hong Kong.

Malaysia kalah dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon dan dijadualkan menentang korea utara bulan depan.