Liga Super Malaysia

Bahang kongres pemilihan KAFA bagi penggal 2017 / 2021 makin panas

Sehingga kini 4 calon sudah mengumumkan diri secara terbuka. Keempat-empat calon adalah bekas penaja dan penaja semasa untuk pasukan Kelantan dan juga berlatar belakang ahli perniagaan.

°Amir Ramadzan 
Ahli perniagaan/Secretleaf

°Dato Hasmiza Othman
Ahli perniagaan/Vida Beauty

°Bibi Ramjani Illias
Ahli perniagaan/Desa Murni Batik

°Dato Nasir Hamzah
Ahli perniagaan/Karangkraf

Sehingga kini 2 calon jangkaan sudah mengumumkan pendirian tidak akan bertanding untuk posisi presiden KAFA 2017/21.

°Tan Sri Annuar Musa
Ahli politik/ Ketua UMNO Ketereh

°Dato Rosmadi Ismail
Ahli politik/ Timbalan Ketua UMNO Kota Bharu

Melalui laporan akhbar Persatuan Bola Sepak Jajahan Pasir Mas melalui setiausahanya memberi sokongan terbuka kepada Dato Nasir Hamzah. Diikuti sokongan dari Persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Bharu melalui Husin Deraman.

Salah satu dari 4 calon juga secara terbuka iaitu Amir Ramadzan, memberi sokongan kepada Dato Nasir Hamzah. Kelihatan Dato Nasir mendahului dari segi populariti calon.

Dikhabarkan kumpulan Penyokong Ultras Kelantan juga sedang bersedia memberikan sokongan kepada Dato Nasir Hamzah.

2 persatuan bekas pemain Kelantan juga mampu menghasilkan impak signifikan jika menyatakan sokongan kepada mana-mana calon.

°Persatuan Lagenda Bola Sepak Kelantan, Hamid Ghani
°Kelab Sukan Era 80an, Salim Mahmud

Persatuan Bola Sepak Kelantan ditunjangi oleh 12 ahli gabungan melibatkan 10 Persatuan Bola Sepak Jajahan, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan.

Setiap Persatuan Bola Sepak Jajahan memegang 5 undi dan 2 Persatuan Melayu dan Cina masing-masing 1 undi. 52 undi dipertaruhkan dalam kongres pemilihan yang dijangka berlaku pada 17 September 2017.

 

Dato Nasir, Dato Affandi, Dato Vida dan Amir Secrectleaf adalah senarai terkuat yang bebas politik.

Dato Nasir dilihat lebih berkemampuan. Tan Sri Annuar Musa dan Dato Rosmadi adalah calon terkuat dari latar belakang politik. Dato Rosmadi bukanlah tidak baik tetapi ada masanya penyokong mahu melihat ahli politik bertindak sebagai komponen bukan asas.

Ketika ahli politik menjadi asas, ahli perniagaan menjadi komponen untuk memberikan dana penajaan. Apakata pula Ahli perniagaan menjadi asas dan dan ahli politik pula menjadi komponen bantuan kepada bola sepak.

Ramai menjangkakan ahli politik tidak akan memberi bantuan jika sekadar menjadi komponen. Jadi ia sesuatu yang menarik untuk dilihat.

Tan Sri Annuar Musa juga bukan tidak baik tetapi sudah memadai ketika berpeluang untuk menjadi orang nombor 1 bola sepak Kelantan dalam tempoh yang panjang.

Hj Azman Ibrahim mungkin tidak mahu terlibat dalam perubahan baru secara aktif.