Other Editions

Sukan SEA 2017: Highlights Perlawanan Singapura 1-2 Malaysia

Malaysia berjaya menewaskan Singapura 1-2 di Stadium Shah Alam walaupun ketinggalan 1-0 dalam separuh masa pertama.

Ong Kim Swee memasukkan Azam Azih dan Thanabalan, jelas mengubah permainan sehingga kedua-dua pemain itu berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia.

2 kemenangan dalam 2 perlawanan, menjadikan Malaysia terikat 6 mata bersama Myanmar dan hanya dibezakan melalui perbezaan gol.

Singapura yang mengalami 2 kekalahan berturut-turut, mempunyai risiko besar terkeluar dari saingan memburu tempat ke peringkat separuh akhir.

Jika perlawanan Malaysia bertemu Myanmar berakhir dengan keputusan seri, Singapura sah terkeluar dari saingan acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Saksikan highlights perlawanan semalam diantara Singapura bertemu Malaysia.